The Sepaktakraw Association of Malaysia Persatuan Sepaktakraw Malaysia

Bulletin Board
Home
PSM Background
PSM Events
Bulletin Board
PSM Photo Album
Related Links
Contact Us
New Page Title

Announcements
Updated news December 2005

Berita Harian - 3 Dec 2005 - Regu takraw Malaysia tamatkan penguasaan 12 tahun Thailand

MANILA: Regu sepak takraw negara menamatkan penantian 12 tahun untuk merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Sea apabila berjaya menundukkan musuh tradisi, Thailand, semalam.

Gandingan Normanizam Ahmad, Mohd Futra Ghani dan Mohd Zulkarnain Arif mempamer persembahan mantap untuk menundukkan kombinasi Sarawut Inlek (Suebsak Phunsueb), Pornchao Kaokaew dan Suriyan Peachen 21-11, 21-14 dalam pertarungan hampir sejam di Gimnasium Universiti San Carlos, Cebu.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara sepak takraw dalam temasya Sukan Sea ialah pada 1993 di Singapura.

Kejayaan itu menyemarakkan pencapaian kontinjen negara yang berjaya menambah lapan lagi pingat emas pada hari keenam temasya berkenaan, semalam.

Dua penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Hasli Izwan Amir Hasan masing-masing berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 50m rifal prone wanita dan 25m rapid fire pistol lelaki.

Dua emas juga disumbangkan menerusi sukan berbasikal dan dua lagi pingat emas menerusi sukan bowling dalam acara lima berpasukan lelaki dan wanita.

Pasukan bola sepak negara bagaimanapun gagal untuk meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir apabila kecundang tipis 1-2 dalam pertemuan separuh akhir menentang Vietnam di Bacolod City.

Malaysia juga kecundang kepada lawan sama dalam pertemuan separuh akhir ketika temasya Sukan Sea dua tahun lalu di Hanoi, Vietnam.